Blog! Rushdan

Posts Tagged ‘Classic Tween


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dah lama saya tak update blog ini. Ok Pada tutorial kali ini, saya akan tunjukkan bagaimana membuat animasi menggunakan Flash CS4. Dalam animasi menggunakan Flash CS4, terdapat ciri baru yang berbeza daripada Flash versi terdahulu iaitu Motion Tween.

Flash CS4 menyokong dua jenis animasi iaitu Motion Tween ( Ciri terbaru dalam Flash CS4) dan Classic Tween. Classic Tween adalah animasi yang telah diperkenalkan pada flash versi terdahulu.

Ok , Lets practice 🙂

Tutorial Motion dalam Flash CS4

1. Sila download fail dengan klik LINK di sini.
2. Buka fail tersebut, anda dapat lihat 2 objek bulatan yang mengandungi dua perkataan berbeza iaitu Motion Tween dan Classic Tween. Dua objek tersebut akan diuji menggunakan 2 teknik tersebut.
3. Klik kanan bulatan yang mengandungi teks Motion Tween, pilih Create Motion Tween. Pilih Yes.Kemudian klik frame 25 pada layer Motion Tween, kemudian tekan F6. Kemudian tarik bulatan ke kanan.

Apabila anda tidak menukarkan objek tersebut kepada Movie Clip, maka dialog box akan dipaparkan samada anda mahu menukarkan objek tersebut kepada Movie Clip ataupun. Jika anda tekan Cancel, maka Motion Tween tidak dapat dilakukan. Tekan Ok untuk meneruskan Motion Tween.


Klik sambil heret frame ke kanan untuk panjangkan frame

4. Bila anda klik Ok, maka anda bukan sahaja mencipta animasi tetapi juga Movie Clip.Sila lihat Library. ( Ctrl + L ).


Simbol Movie Clip sudah tukar akhirnya. Nama movieclip boleh di ubahsuai

5. Apa yang akan dapati, terdapat garis putus-putus. Garis itu menunjukkan laluan animasi yang telah dilalui oleh bulatan tersebut.


Garis putus-putus menunjukkan laluan pada animasi. Inilah perbezaan yang ketara antara Motion Tween dan Classic Tween.


Terdapat tanda berlian yang menunjukkan animasi objek itu bergerak pada frame tersebut.

6. Cuba klik pada garis putus-putus tersebut. Kemudian bengkok ke atas dan cuba tekan Enter

Wow, Viola,… Objek tersebut pada kedudukan yang dikehendaki

7. Pada layer Classic Tween, klik kanan frame 1, pilih Create Classic Tween. Kemudian pada frame 25, tekan F6 (Insert -> Timeline -> Keyframe).

8. Tarik (Drag) bulatan Classic Tween ke sebelah kanan. Anda lihat tiada garis putus-putus.

Perbezaan Motion Tween Dan Classic Tween

Klik download untuk memuat turun animasi yang telah disiap


Calendar

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930