Blog! Rushdan

Menggunakan Actionscript 2.0 dalam menghasilkan teks.

Posted by: mdrushdan on: 03/10/2010

Dalam Flash, bila kita mahu menaip teks , kita boleh menggunakan Text tool. Di dalam Text tool terdapat setting teks yang tersendiri. Terdapat 3 jenis teks di dalam Flash yang kita boleh gunakan iaitu teks statik, teks dinamik dan teks input

Teks statik digunakan untuk menaip teks dengan tujuan teks tersebut tidak akan berubah semasa proses authoring.Contoh yang boleh kita gunakan ialah menulis kandungan untuk sesuatu aplikasi.

Teks dinamik ialah teks yang digunakan untuk membolehkan sesuatu teks tersebut berubah apabila berhadapan dengan situasi tertentu semasa proses authoring time.Contohnya apabila kita menetapkan teks dinamik sebagai harga barang.Kita memasukkan kuantiti barang yang hendak dibeli , maka harga akan terpapar.Harga yang terpapar tersebut berbeza mengikut kuantiti barang yang hendak dibeli.

Teks input ialah teks yang boleh digunakan untuk apabila pengguna ingin menaip teks semasa proses authoring time. Contoh boleh digunakan apabila  pengguna ingin memasukkan kuantiti barang. Teks input boleh digunakan sebagai teks untuk memasukkan kuantiti barang yang hendak dibeli.

Text tool dan setting teks yang yang pada text tool

Teks di atas telah ditetapkan ( setting) pada teks properties.

Menggunakan Actionscript 2.0 dalam menghasilkan teks.

Dalam actionscript 2.0, untuk membina teks pada stage , user perlulah mengistiharkan createTextField. Parameter yang digunakan ialah nama_instance, kedalaman teks, koordinat x,koordinat y, lebar dan tinggi.

GetNextHighestDepth digunakan untuk meletakkan kedalaman (depth) pada movie clip untuk mengelakkan pertindihan antara objek dengan objek yang lain. Untuk kedalaman teks , ia boleh dijelaskan melalui ilustrasi berikut.

Gambar di atas menunjukkan illustrasi untuk depth.Depth yang tinggi, maka gambar berada di depan, depth yang rendah, gambar berada di belakang.

Agak melecehkan untuk meletakkan nilai depth setiap kali teks dicipta. Jadi untuk memudahkan nilai depth di letakkan secara automatik, maka getNextHighestDepth digunakan.

Langkah demi langkah

1. Buka Flash, pilih Flash File ActionScript 2.0

2. Tekan F9 pada keyboard

3.   Taipkan kod berikut

//perlu guna createTextField terlebih dahulu untuk membina teks dalam Flash

// parameter yang digunakan ialah nama_instance,kedalaman teks,posisi x, posisi y, labar dan tinggi

this.createTextField(“simpleText”,this.getNextHighestDepth(),50,50,100,100);

// paparkan teks pada stage

simpleText.text=”Ini ialah contoh teks yang digunakan di dalam Flash menggunakan ActionScript 2.0 .”

Kod di atas akan mencipta teks dengan nama simpleTeks , pada koordinat (50,50) lebar dan tinggi 100 pixel

//setkan teks sebagai multiline

simpleText.multiline=true;

//jika panjang perkataan melebihi saiz lebar teks, secara automatik

//perkataan tersebut akan berada di perenggan baru.Dengan syarat teks

//tersebut mestilah di set sebagai multiline

simpleText.wordWrap=true;

Setkan teks sebagai multiline untuk membolehkan teks yang panjang dibuat dalam beberapa perenggan. Untuk membolehkan teks secara automatic diset dalam beberapa paragraph baru, wordWrap digunakan.Tetapi saiz teks bergantung kepada tinggi teks yang telah disetkan. Sebagai contoh perenggan yang memerlukan tinggi teks 500 pixel tidak boleh di setkan pada teks yang tinggi sebanyak 400 pixel. Jika ia berlaku, teks yang selebihnya tidak akan dipaparkan.

// setkan teks untuk mempunyai border

simpleText.border=true;

//setkan warna border

simpleText.borderColor=0x0098FF;

Setkan teks berikut untuk mempunyai border dengan border diset sebagai true. borderColor digunakan untuk set warna border pada teks

//setkan teks untuk mempunyai warna latar belakang

simpleText.background=true;

//setkan warna background teks

simpleText.backgroundColor=0×006600;

Setkan warna background teks dengan setkan background sebagai true. backgroundColor digunakan untuk setkan warna background pada teks.

//setkan warna teks

simpleText.textColor=0xFFFFFF;

Setkan warna teks dengan textColor. Nilai warna mestilah dalam kod hexadecimal.

// setkan teks tersebut tidak boleh dihighlight

simpleText.selectable=false

Setkan teks berikut untuk tidak boleh di highlightkan oleh pengguna.

Perbezaan teks yang boleh dihighlight dengan teks yang tidak boleh dihighlight.

Contoh yang telah siap

4.   Anda boleh download contoh fail berikut.  Tekan download untuk download fail. Selamat mencuba.

Advertisement

2 Responses to "Menggunakan Actionscript 2.0 dalam menghasilkan teks."

Wah,,,bagus ek ko dah nak ada website sndiri…congrats..;)

insya allah thank u

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.