Posted by: mdrushdan on: 01/10/2010
Selain menggunakan tools yang ada di dalam Flash, anda juga boleh menggunakan Action Script untuk melukis seperti segiempat empat, bulatan , mewarnakan bulatan dan sebagainya.
Terdapat beberapa kod Actionscript yang perlu dipelajari untuk membolehkan anda melukis di atas stage. Antaranya kod asas dalam membina grafik API ialah:
Jom Praktis
Langkah demi langkah
1. Buka Flash CS4
2. Pilih File Flash ActionScript 3.0
3. Tekan F9 atau Window -> Action
4. kod lineStyle digunakan untuk menetapkan sifat sesuatu garisan seperti ketebalan garisan, warna garisan dan ketelusan warna garisan (alpha)
lineStyle (ketebalan_garisan, warna_garisan, nilai_alpha) ;
sebenarnya ada banyak parameter sahaja untuk lineStyle tetapi kebanyakkan ramai guna parameter sahaja. Kod berikut akan setkan line pada ketebalan sebanyak 3, warna merah dan ketelusan warna cuma 50% sahaja.
this.graphics.lineStyle(3,0x990000,0.5);
5. moveTo digunakan untuk meletakkan titik koordinat sebelum memulakan garisan.Kod berikut akan mula melukis pada titik (100,100). Jika anda tidak meletakkan kod moveTo sebelum melukis, flash secara automatic menganggap anda melukis pada titik asal iaitu (0,0)
this.graphics.lineStyle(3,0x990000,0.5);
this.graphics.moveTo(100,100);
6. LineTo digunakan untuk melukis garisan ke titik seterusnya. Sebagai contoh kod berikut akan mula melukis dari titik (100,100) ke titik (300,100). Selepas taip kod ini, tekan Ctrl + Enter.
this.graphics.lineStyle(3,0x990000,0.5);
this.graphics.moveTo(100,100);
this.graphics.lineTo(300,100);
7. curveTo digunakan untuk membuat lengkungan.lengkungan di kawal oleh koordinat yang dipanggil control Point .
kod berikut akan membuat garisan baru pada titik (100,100). Kemudian akan membuat lengkungan dari titik (100,100) ke titik (300,110). Korrdinat yang mengawal lengkungan berada pada titik (200,200).
this.graphics.lineStyle(3,0x990000,0.5);
this.graphics.moveTo(100,100);
this.graphics.lineTo(300,100);
this.graphics.moveTo(100,100);
this.graphics.curveTo(200,200,300,100);

8. drawRect digunakan untuk melukis segiempat. Susunan parameter bagi drawRect ialah koordinat titik permulaan melukis, lebar dan tinggi segiempat.Kod berikut akan melukis segiempat bermula dari titik (50,50), lebar 300 pixel dan tinggi 200 pixel.
this.graphics.lineStyle(3,0x990000,0.5);
this.graphics.moveTo(100,100);
this.graphics.lineTo(300,100);
this.graphics.moveTo(100,100);
this.graphics.curveTo(200,200,300,100);
this.graphics.drawRect(50,10,300,200);
9. drawCircle digunakan untuk melukis bulatan . Parameter ialah koordinat titik tengah dan jejari bulatan. Kod berikut akan membuat 2 bulatan dengan jejari 20 pixel. Satu bulatan dengan koordinat (120,50) dan bulatan satu lagi dengan koordinat (280,50)
this.graphics.lineStyle(3,0x990000,0.5);
this.graphics.moveTo(100,100);
this.graphics.lineTo(300,100);
this.graphics.moveTo(100,100);
this.graphics.curveTo(200,200,300,100);
this.graphics.drawRect(50,10,300,200);
this.graphics.drawCircle(120,50,20);
this.graphics.drawCircle(280,50,20) ;
10. drawEllipse digunakan untuk melukis bujur, Parameter yang digunakan ialah koordinat atas kiri objek, lebar dan tinggi. Kod berikut akan melukis bujur pada koordinat atas kiri bujur (190,50) , lebar 20 pixel dan tinggi 40 pixel.
this.graphics.lineStyle(3,0x990000,0.5);
this.graphics.moveTo(100,100);
this.graphics.lineTo(300,100);
this.graphics.moveTo(100,100);
this.graphics.curveTo(200,200,300,100);
this.graphics.drawRect(50,10,300,200);
this.graphics.drawCircle(120,50,20)
this.graphics.drawCircle(280,50,20)
this.graphics.drawEllipse(190,50,20,40);
Eh…. Objek ini tak boleh warna ke?
Mestilah boleh. Dengan menggunakan kod beginFill(). Image boleh diwarnakan dengan warna yang anda suka. Akan tetapi, dengan beginFill , hanya satu warna sahaja boleh digunakan.Parameter yang digunakan ialah kod warna dan ketelusan warna yang digunakan. Anda mestilah menggunakan kod beginFill sebelum melukis menggunakan drawRect, drawCircle, drawEllipse dan drawRoundRect.
this.graphics.lineStyle(3,0x990000,0.5);
this.graphics.moveTo(100,100);
this.graphics.lineTo(300,100);
this.graphics.moveTo(100,100);
this.graphics.curveTo(200,200,300,100);
this.graphics.drawRect(50,10,300,200);
this.graphics.beginFill(0x009900); // warna hijau
this.graphics.drawCircle(120,50,20)
this.graphics.drawCircle(280,50,20);
this.graphics.beginFill(0xCCCC00); // warna perang
this.graphics.drawEllipse(190,50,20,40);
Anda boleh download fail yang dah siap .fla dan .swf. Selamat mencuba.